Assalamualaikum Mak…

Apa khabar Mak disana? Yed harap, mak bahagia dengan abah disana. Mak, waktu Yed tulis surat ni, usia mak dah sebulan cukup disana. Yed harap mak tak sedih. Kami semua pun tak sedih. Kami tau Allah tu lebih sayangkan Mak. 8hb Ogos ni Mak Ndak Family buat kenduri untuk Mak di Kulim. Kalau Mak tak kesah, jom la pergi sekali. Mesti ramai yang ada nanti. Mak jangan lupa ajak Abah tau.

Mak.Kami rindu.

Mak.Kami rindu.

Mak, Yed rindu kat Mak. Lepas baca doa lepas sembahyang, Yed dah tak boleh letak kepala atas paha Mak lagi. Yed dah tak boleh cium pipi Mak lagi, cium dahi, tangan. Ingat lagi sebulan yang lepas, ciuman terakhir Yed untuk Mak sebelum Mak dikafankan. Yed mintak maaf, Yed tak dapat tahan sebak lalu teriak. Mungkin Yed boleh cium Mak lagi nanti di dalam Syurga? Yed tak boleh lupa waktu maghrib tu, Yed doa supaya Allah tukarkan umur kita. Tapi Yed bodoh! Yed lupa Allah tu Maha Kaya. Dia boleh bagi tanpa tukarkan apa-apa. Lagi Yed tak boleh lupa, waktu tengok semua orang teriak dan Mak terbaring dengan bibir yang pucat dan sejuk. Baru ja tadi Yed tengok muka Mak panas. Yed tukar-tukar tuala basah di kepala Mak. Mak ingat tak?

pizzahut a.s|9hb mei 2008

Waktu Mak balik sini Yed sampai lambat sikit. Yed pi ambil barang-barang kat umah Mak Ndak. Ramai sedang baca Yassin untuk di hadiahkan pada Mak. Yed masih ingat lagi bila Kak Ery tanya “Yed dah tengok muka Mak?. Macam baby”. Yed pun terus pi tengok. Subhanallah~ Mak tersenyum. Yed tau Mak bahagia. Yed harap Mak tenang disana. Waktu kebumikan Mak, orang nampak Yed tak tarik tanah untuk kambus liang Mak. Ya, memang Yed tak buat. Sebab Yed tak pernah rela Mak pergi. Bukan tak redha, tapi tak percaya. Rasa macam mimpi. Sampai hari ini, Yed mintak Allah bangunkan Yed dari mimpi ni. Tapi ternyata ini bukan mimpi.

senyum itu kami mahu

senyum itu kami mahu

Mak, Yed nak mintak ampun dari Mak. Yed tau Yed banyak buat salah dekat Mak. Tapi percayalah Mak, sayang Yed pada Mak adalah satu. Tak pernah Yed tengok Mak orang lain sehebat Mak. 11 tahun Mak sabar, rindukan Abah. Cukup 11 tahun Mak pulak yang pergi. (Abah 6 Rejab|Mak 7 Rejab). Yed tau cinta Mak untuk Abah sahaja. Yed harap Yed dapat sesorang sehebat Mak satu hari nanti.

hari Mat bertunang

hari Mat bertunang

Mak, Yed dah tak teriak lagi sekarang. Yed tau, setiap nafas yang Yed hembus ia sedang bawak Yed kepada Mak dan Abah. ooOOooOOooOOXXXXXXXXXx. Mak dan Abah. Mak, kirim salam dekat Abah tau. Kami semua rindu kamu berdua.

yang terlalu rindu,

Muhammad Farid Syauqi Bin Ilias-Salmah




makcik ak yg nie sangat baik,terlalu baik,solehah,muslimah berjaya.seorang yg complete budi bahasa...